Walaupun ada pihak yang menganggap ianya kes terpencil, tetapi statistik menunjukkan kes-kes sebegini makin meningkat khususnya dikalangan pasangan melayu.
Seperti kes terbaru berlaku di sebuah negeri utara tanahair ini, seorang isteri ditangkap melakukan perbuatan sumbang oleh suami sendiri pada waktu siang.
Bagi Halim (bukan nama sebenar), dia tidak menyangka isterinya Halimah (nama samaran) yang berperwatakan baik sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
“Sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikit pun saya meragui kesetiaannya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka,” katanya.
Halim memberitahu, ketika dia bersusah payah membangunkan perniagaan, Halimah merupakan menjadi sumber inspirasinya.
Isterinya juga melayannya dengan penuh kasih sayang dan rumah tangga mereka bertambah bahagia selepas dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ada juga rakan memberitahu Halim mereka pernah melihat Halimah bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak diendahkan Halim.
Pada suatu hari, kereta yang dipandu Halim rosak dan beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil sebuah lagi keretanya.
Di rumah, Halim terkejut besar melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang. Dengan segala kudrat, Halim mengejar lelaki itu dan berjaya menangkapnya dengan bantuan jiran-jiran.
Halim menganggap, lelaki tersebut merupakan pencuri yang mahu merompak rumahnya, tetapi rupanya lelaki tersebut adalah kekasih isterinya sendiri yang memang sering datang kerumah ketika dia keluar berkerja.
Tambah menyedihkan, isterinya yang berada dalam keadaan kusut dan memakai baju tidur tanpa coli di ruang tamu mengakui hubungan sulit dengan suami orang tersebut tanpa sebarang rasa kesal.
Malah, Halimah mengakui bahawa dia lebih sayangkan suami orang tersebut berbanding diri Halim sendiri.