Mahkamah Korea Selatan memutuskan firma Apple Inc. dan Samsung Electronics Co. menggunakan paten lawan masing-masing dan mengenakan pengharaman terhadap sebahagian produk dua syarikat berkenaan di sini selain diarah membayar pampasan.
Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengarahkan Apple menarik balik iPhone 3GS, iPhone 4, iPad 1 dan iPad 2 daripada kedai di Korea Selatan manakala produk Samsung yang diharamkan ialah GalaxyS2. Produk iPhone 4S dan Galaxy S3 boleh terus dijual.
Samsung diarah membayar 25 juta won (RM66,000) kepada lawannya manakala Apple diarah membayar pesaingnya, 40 juta won (RM109,353). – AP