KAHERAH 25 Ogos - Perlantikan Presiden baru Mohammed Morsi dilihat masih tidak mampu memberi keamanan di Negara tersebut setelah tercetusnya rusuhan yang menyebabkan berlakunya ketegangan di sini sejak semalam.
Beberapa puak Pro dan Anti Presiden Mesir tersebut telah bertempur sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan besar.
Kedua-dua kumpulan itu telah bergaduh sesama sendiri malah bertindak melontar batu dan botol kosong antara satu sama lain berhampiran Dataran Tahrir. Sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan cedera dalam keganasan itu, lapor akhbar Al Ahram yang memetik pihak berkuasa hospital.
Ini merupakan rusuhan pertama sejak Presiden Morsi dilantik secara rasmi sebagai Presiden Mesir