Untuk makluman, UNITAR International University (UNITAR) bukan Universiti Tun Abdul Razak yang kini dikenali sebagai UniRazak.
UNITAR International University was established in 1997, and represents as one of the first Private Higher Educational Institutions in the country. In addition to its main campus located at Leisure Commerce Square, Petaling Jaya the university collaborates with numerous Independent Regional Centres across the country with a population of more than 9,000 students in 60 academic programmes. The university prides itself in developing outstanding Foundation, Diploma, Bachelors, Masters and Doctorate programmes to meet the needs and aspirations of in its diverse and highly talented student body.
Kuala Lumpur: Datuk Mohamed Nizam Abdul Razak dilantik sebagai canselor pertama UNITAR International University (UNITAR) pada majlis konvokesyen sulung universiti itu semalam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan UNITAR, Mohamed Nizam menyifatkan pelantikan beliau itu sebagai suatu penghormatan dan antara pencapaian amat bermakna bagi diri dan keluarganya.
“Saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menjulang nama baik universiti ini dan mengemudi institusi pengajian ini ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Mohamed Nizam, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah pemegang ijazah Sarjana Muda (Oxon) Politik, Falsafah dan Ekonomi.
Beliau pernah berkhidmat sebagai pengerusi, pengarah dan anggota jawatankuasa audit beberapa syarikat swasta dan senaraian awam di Malaysia seperti Deutsche Bank Malaysia (perbankan), Delloyd Ventures Berhad (alat ganti kenderaan), Mamee-Double Decker (M) Berhad (makanan), Yeo Hiap Seng (M) Berhad (makanan) dan kumpulan syarikat Wah Seong (minyak dan gas).
Beliau juga menjadi pemegang amanah beberapa yayasan kebajikan termasuk Yayasan Noah, Yayasan Hong Leong, Yayasan Kebajikan Kanak-kanak Kebangsaan, Yayasan Rahah, Yayasan Wah Seong dan Yayasan Cemerlang.
Majlis konvokesyen yang berlangsung di Petaling Jaya itu juga menyaksikan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjadi penerima pertama anugerah doktor kehormat. – BERNAMA