muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 23 Oktober 2013

BAJET RAKYAT 2014 TIADA CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST).




















BAJET Barang Naik LWN BAJET Penjimatan  
Ringgit.

Pakatan Rakyat (PR) hari ini melancarkan 
Belanjawan Alternatif mereka dengan 
keyakinan akan dapat mengurangkan 10 
peratus perbelanjaan pengurusan tanpa 
penyertaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
 (GST) yang dikatakan bakal membebankan rakyat.

Berteraskan tema "Mempertahankan Kepentingan 
Rakyat Dalam Mengharungi Gelombang", 
Belanjawan Alternatif PR itu turut mensasarkan 
penjimatan RM30 bilion setahun melalui langkah 
penjimatan dan pengurusan berhemah.

"Bajet PR akan beri penjimatan ringgit dan bukan 
kenaikan harga," kata Ahli Parlimen Rasah, Anthony 
Loke pada sidang media di Parlimen, hari ini.

"Mungkin kerajaan akan naikkan kadar GST sehingga 
tujuh peratus dalam masa beberapa tahun sahaja jika 
dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, PR tetap dengan pendirian tidak akan 
memperkenalkan GST dalam tempoh terdekat 
memandangkan hanya sebilangan kecil daripada 
rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan 
individu.

"Pelaksanaan GST masih belum sesuai kerana hanya 
kira-kira 1.8 juta membayar cukai. Jika ia tetap 
dilaksanakan, seramai 29 juta rakyat Malaysia akan 
membayar GST," kata Ahli Parlimen Shah Alam, 
Khalid Samad pada sidang media sama.

"GST ini cukai 'regressive’,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...