muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 29 Oktober 2013

AKHIRNYA MUHYIDDIN YASSIN MOHON MAAF SECARA TERBUKA



















YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin memohon maaf secara 
terbuka atas ucapan beliau mengenai kematian 
mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham 
Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 
'kaitan' penghapusan subsidi gula.

"Saya mohon maaf. Bukan tujuan saya untuk 
merendah-rendahkan, atau mencemarkan nama 
baik Allahyarham kerana beliau adalah pemimpin 
yang banyak berjasa kerana saya pun banyak 
menziarahinya ketika beliau masih hidup," kata 
Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri 
majlis sepetang bersama penduduk Bukit Choras 
disini.

Menurutnya, sebagai manusia, jikalau kenyataan 
pada ucapan itu disalahtafsirkan atau dirasakan 
agak menyinggung perasaan keluarga Allahyarham, 
beliau memohon maaf.

"Tujuan ini adalah untuk kebaikkan dan bukannya 
ada niat yang jahat atau mengambil kesempatan 
untuk pilihan raya," katanya lagi.

Sebelum itu, pada sidang media yang berlainan pada 
pagi tadi, PAS Kedah melahirkan kekesalan dengan 
dakwaan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir 
yang menyatakan bahawa PAS cuba mempolitikkan 
isu ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin mengenai kematian mantan 
Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan 
Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' 
penghapusan subsidi gula.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar 

berkata pimpinan PAS mengharapkan 
Mukhriz tidak melakukan perkara yang sama 
dengan menyokong kenyataan itu
 "Setidak-tidaknya pun beliau (Mukhriz) mewakili 
Timbalan Perdana Menteri tampil memohon maaf 
kepada ahli keluarga Allahyarham dan seluruh 
penduduk di DUN Sungai Limau," kata Mahfuz 
kepada pemberita di Markas PAS PRK DUN 
Sungai Limau di Bukit Besar disini tadi.

Beliau menambah, Mukhriz sebagai Menteri 

Besar harus menjaga hubungan dengan seluruh 
rakyat negeri Kedah
kerana Mukhriz mewakili orang Kedah.

"Mukhriz adalah Menteri Besar dan sentiasa 

berada disini manakala TPM pula berada 
di Putrajaya dan apakah beliau (Mukhriz) 
sanggup melihat ada orang atau keluarga yang 
sedih, pedih dan terasa yang amat sangat 
dari kenyataan yang dibuat oleh TPM dan 
keengganan beliau untuk memohon 
maaf," katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...