muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 5 November 2012

GEMPAR BERAPI : ZAID MAHU BERTANDING ATAS TIKET PAKATAN



Hasrat bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya umum di bawah tiket Pakatan Rakyat, dan kemungkinan di Pekan, mengejutkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin juga bingung dengan tindakan Zaid melepaskan jawatan presiden KITA tetapi kekal sebagai ahli jawatankuasa parti yang ditubuhnya itu, yang kini berusia dua tahun.
Zaid (gambar) tidak menyampaikan rancangannya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan, kata Saifuddin, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan.
“Saya boleh mengesahkan bahawa perkara Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden.
“Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan,” tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang.
Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden.
Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.
Akhbar the Star melaporkan semalam bahawa Zaid telah melepaskan jawatan presiden KTA dan menyuarakan minatnya untuk bertanding pilihan raya akan datang di bawah tiket Pakatan, mungkin di Pekan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Pekan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak fikir Presiden Pas itu akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya tidak fikir ini akan berlaku,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...