muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 15 Oktober 2012

GEMPAR BERAPI : Shahrizat letak jawatan kerana tidak mahu menjadi beban




Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memberitahu mahkamah tinggi bahawa beliau meletak jawatan sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kerana beliau tidak mahu menjadi beban kepada kerajaan dan keluarganya.
Beliau meninggalkan jawatan kabinet tahun ini selepas tempoh senatornya tidak diperbaharui oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Wanita Umno itu telah memberi keterangan dalam sesi soal balas oleh peguambela Ranjit Singh dalam kes menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan mereka tentang skandal Pusat Fidlot Nasional.

“Saya tidak mahu membebankan kerajaan, dan juga keluarga. Saya mahu masa ini untuk mencari kebenaran,” kata Shahrizat.

Beliau menjawab soalan Ranjit tentang kenapa beliau meletak jawatan pada 8 April, “sebagai ahli kabinet yang bertanggungjawab, saya rasa adalah lebih baik untuk saya meletak jawatan.”

Apabila ditanya pada laporan berita April lalu dengan beliau berkata “saya juga seorang isteri dan ibu,” Shahrizat berkata: “Kerana serangan peribadi ini terlalu jahat, dan adalah menjadi tanggungjawab saya selaku isteri, ibu, pemimpin apabila diserang oleh defendan.”

Beliau turut berkata,”Saya tidak mahu membebankan keluarga saya. Saya mahu membersihkan nama saya dan keluarga saya.”

Ranjit kemudian bertanya kenapa Shahrizat tetap dengan keputusan untuk bersara walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membebaskan beliau dari penganugerahan projek NFC.

“Sebab ada banyak lagi perkara saya perlu jaga, dan saya mahu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga. Saya rasa inilah masa saya untuk bersama mereka, dan bukan dari karier politik yang musnah.”

Beliau juga berkata: “Sebagai isteri dan ibu, saya rasa saya perlu berada di rumah untuk bersama keluarga”.

Hakim mahkamah tinggi Vazeer Alam Mydin Meera akan menyambung perbicaraan pada 18 dan 19 Mac tahun hadapan.

PKR berulang kali menyerang projek tersebut dengan dakwaan tentang “pinjaman” kira-kira RM84 juta yang diberikan kepada NFC kepada syarikat yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, termasuk RM13.8 juta untuk dua kondominium mewah di Bangsar.

Shahrizat, isteri kepada Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, telah dikaitkan dengan skandal itu oleh PKR kerana kedudukan suaminya dan tiga orang anaknya yang dilantik selaku pengarah dalam syarikat yang sama.

Mohamad Salleh telah didakwa atas jenayah pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana pesekutuan yang diberi kepada NFCorp pada 12 Mac.

Mohamad Salleh didakwa atas kanun keseksaan kerana menyalahgunakan RM9,758,140 dari wang NFCorp untuk membeli dua kondominium mewah di One Menerung di Bangsar untuk Perbadanan Daging dan Ternakan Nasional (NMLC) pada 1 Disember dan 4 Disember 2009.

Beliau juga didakwa memindahkan RM40 juta wang NFCorp kepada NMLC antara 6 Mei hingga 16 November 2009.

Beliau didakwa dalam dua kes tersebut kerana menggunakan dana tanpa mesyuarat tahunan syarikat, satu kesalahan dalam Akta Syarikat.

Jika didapati bersalah beliau akan menghadapi penjara diantara dua hingga 20 tahun penjara, sebatan dan denda kerana kesalahan di bawah kanun keseksaan.

Mohamad Salleh juga boleh dipenjara lima tahun atau denda RM30,000 jika didapati bersalah dalam Akta Syarikat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...