muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 23 September 2012

GEMPAR BERAPI : MINAH NIE LEBIH SUKA CARA TERBUKA



SEGELINTIR artis tidak selesa berbicara soal sudah berpunya atau belum. Ada yang mengambil sikap berahsia, tak kurang juga mengelak dari menjawab soalan media.

Sekaligus sengaja mencipta spekulasi hingga ada yang memakan diri. Berbanding pelakon sedang meningkat naik, Farah Nadia Zainal Abidin atau Nad Zainal, 22. 

Meskipun baru saja dikenali, Nad akui bersikap terbuka untuk mengakui hatinya sudah dimiliki. Walaupun merahsiakan nama si jejaka bertuah, hubungan yang terjalin sejak beberapa tahun lalu tidak menghalang langkahnya untuk meluaskan kerjaya sebagai pelakon.

Alasan Nad mudah. Baginya, peminat kini sudah tak kisah sama ada pelakon yang mereka minati sudah berpunya atau belum. Apatah lagi dengan budaya kerja yang agak terbuka dan saling mengenali antara sesama produksi, ia lebih mudah.


“Orang ramai pun meluat jika kita asyik merahsiakan status atau hubungan kita. Peminat lebih bijak menilai mana baik dan buruk. Bagi saya, mengaku ada kekasih dapat menjauhkan diri daripada kontroversi kurang elok.

“Bukan bermaksud langsung tak ada kontroversi tapi tengok juga pada perilaku kita kepada pasangan. Yang penting, jangan buat jahat dan benda-benda merepek. Kena tahu jaga nama keluarga dan kerjaya yang sedang dibina.

“Apatah lagi teman lelaki juga bekerja dalam bidang kreatif dan dia faham dengan cara kerja saya. Kami pernah bekerja dalam set yang sama, oleh itu memang tak jadi hal. Lelaki lain nak ‘tackle’ pun fikir dua tiga kali,” katanya sambil ketawa sebaik dihimpit soalan peribadi.

Berbicara dengan bintang kelahiran Kajang, Selangor ini cukup selesa. Tidak hairanlah namanya makin meniti di bibir penerbit dan pengarah tempatan. Malah dia cukup profesional memberi gaya menarik sebagai pelengkap muka depan SELEBRITI minggu ini.

Mengenai perancangan seterusnya dengan teman lelaki, Nad tidak menolak kemungkinan untuk bergelar isteri yang sah cuma bukan dalam masa terdekat. Katanya, buat masa ini masing-masing sibuk memberi tumpuan kepada kerjaya dibina.

Mula dikenali menerusi drama Memberku Hawa berganding dengan Faezah Elai di TV3 pada April lalu, Nad menyimpan cita-cita untuk mengorak langkah ke peringkat lebih jauh. 

Kini selepas berhempas pulas membina nama, mutiara yang digilap sejak 2007 sebagai watak pembantu dalam drama bersiri Impian, mula disedari.

Sejak itu bangkitlah nama Nad ke dalam industri hiburan tempatan melalui watak Inas, gadis tabah dalam drama rantaian terbaru Bukan Bidadari yang disiarkan di TV3 menerusi slot Lestary bersama Sharnaaz Ahmad.

Sebelum ini drama Di Bawah Langit Mu arahan Erma Fatima yang turut menampilkan Nora Danish dan Sharnaaz yang disiarkan menerusi Cerekarama pada Ramadan lalu, turut membuka mata banyak pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...