muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 11 September 2012

GEMPAR BERAPI : ART1S MELAYU KAKI CLUBB1NG??

Mon Ryanti Didakwa Kaki Kelab Kerana ‘Nadia’?



KUALA LUMPUR – Kerana membawa watak sebagai Nadia yang mempunyai kehidupan sosial selain suka berhibur di kelab malam, pelakon wanita, Mon Ryanti didakwa oleh sesetengah pihak yang dirinya yang sebenar juga gemarkan berhibur di kelab malam.
Watak Nadia dalam cerita Salam Cinta itu sedikit sebanyak memberikan kesan pandangan penonton terhadap diri Mon.
Namun, Mon menafikan yang realiti kehidupannya sama seperti watak Nadia.
Katanya, dia masih lagi gembira dan boleh berhibur dengan hidupnya tetapi tidaklah seperti cara yang diamalkan Nadia.
“Apa yang terpapar di dalam Salam Cinta itu bukan kisah realiti yang saya amalkan dan saya bukan seorang yang suka pergi ke kelab-kelab seperti itu.
“Untuk bersosial sehingga ke tahap macam watak Nadia ni setakat ni Alhamdulillah, masih boleh dielakkan lagi,” kata Mon yang dipetik dari Buahmulut.com.
Bagi Mon, dia tidak risau sekiranya diri dikritik atau dibenci disebabkan peranan sebagai Nadia dalam cerita itu.
Malah, dia gembira sekiranya penonton bencikan dirinya kerana merasa dia berjaya membawa watak yang mencabar itu.
Cuma, dia mahu penonton-penonton mampu membezakan watak lakonan dengan perangai dia yang sebenar.
“Kalau peminat membenci saya hanya disebabkan watak nadia yang saya bawa, itu bagi saya merupakan satu kejayaan kerana lakonan saya menjadi.
“Tapi kalau ada yang membenci disebabkan percaya yang saya ni seorang Kaki Clubbing itu saya pun tak boleh nak buat apa la. Cuma apa yang saya boleh jelaskan berulang kali realiti dan watak lakonan adalah dua identiti yang berbeza bagi diri saya,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...