JAIK tahan dua beradik dengan pasangan di bilik berasingan sebuah hotel
ALOR SETAR: Seorang abang 'bermurah hati' membiarkan rakannya meniduri adik perempuannya di sebuah hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, di sini sebelum pasangan itu dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), petang kelmarin.

Dalam ‘Ops Krismas’ itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun turut dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 22 tahun yang juga rakan adik perempuannya di sebuah bilik berasingan hotel berkenaan.
Siasatan mendapati pasangan yang ditangkap berkhalwat itu baru mengenali antara satu sama lain.
Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata dalam pemeriksaan lanjut, lelaki terbabit hanya berseluar jeans tanpa baju manakala pasangannya memakai baju tidur nipis bertali halus tanpa coli dan seluar dalam.
“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan mengaku baru berkenalan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Md Nasir berkata, pemeriksaan di bilik kedua pula, penguat kuasa JAIK menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa ikatan sehingga menimbulkan syak.
Beliau berkata, ketika disoal siasat wanita itu mengaku dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel murah itu bersama rakannya yang juga pasangan khalwat abangnya.
“Lelaki berusia 24 tahun dan rakannya itu bekerja sebagai nelayan di Kuala Kedah, manakala adik perempuannya dan seorang lagi wanita masing-masing tidak bekerja.
“Apa yang mengejutkan mengapa abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya tidur semalaman dengan rakannya di bilik hotel itu,” katanya.

PANAS : HASIL UMNO YANG BERJAYA MENTARBIYAH MUDA MUDI ZAMAN SEKARANG..SANGGUPKAH ANDA JIKA ANAK ANDA PULA YANG TERPAMPANG DIDADA AKHBAR KES SEBEGINI..TOLAK UMNO, GEJALA SOSIAL BERKURANGAN..