muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 18 Januari 2014

AWEK HOT IDAMAN JEJAKA MALAYA??



Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat. 

Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat. 

Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'? Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting) .

Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal. 



Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka! 

Seikat kangkung bagi secawan kopi

Ramai pelanggan lama dan baru sebuah kedai kopi di Seksyen 13, Petaling Jaya hari ini hadir menyambut promosi khas 'kangkung-untuk-kopi' ketika negara hangat dengan isu 'kangkung'.

Pelanggan tidak perlu lagi membayar RM5 untuk secawan kopi hitam. Mereka hanya perlu membawa seiikat kangkung. Sehelai daunnya dikembalinya sebagai resit.

Artisan Coffee, yang mempunyai cawangan di beberapa tempat di
Lembah Klang telah diundi sebagai kedai kopi terbaik Kuala Lumpur pada 2012, dan juga disenaraipendek dalam pertandingan sama pada 2013.

Bagaimanapun tawaran khas ini hanya untuk hari ini - mulai waktuu operasinya bermula hingga jam 1 tengahari di cawangan Bangsar dan Seksyen 13. Sebuah lagi cawangannya di Taman Tun Dr Ismail tidak mengambil bahagian.

Kira-kira jam jam 11.30 pagi, petugas di cawangan Petaling Jaya memberitahu Malaysiakini bahawa pelanggan tampil menebus 30 cawan kopi menggunakan sayuran popular tersebut.

Seorang pelanggan, Lionel Kueh berkata beliau kurang mengentahui bagaimana 'isu kangkung' ini mula terjadi, dan mendapat tahu mengenai tawaran ini dari papan tanda yang dipamerkan di kafe itu beberapa hari lalu.

Beliau hadir bersama dua lagi kawannya hari ini, tapi hanya
membawa dua ikat kangkung.

Bagaimanapun ia bukan masalah sebagai pelanggan tetap yang datang hampir setiap hari.

"Secawan lagi kopi percuma kerana saya amat rapat dengan barista," kata beliau kepada Malaysiakini.

Menurutnya, seeikat kangkung dibeli hanya dengan harga RM1, dan menyifatkan tawaran itu sebagai 'berpatutan'.

Lawak kangkung bermula bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 12 Januari lalu mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib dalam video ucapan beliau tersebut.

Seorang pengunjung di Artisan Coffee hari ini, Loo Cheng Feng berkata komen perdana menteri itu tidak sesuai.

"Orang ramai tidak gembira dengan harga barangan dan kita dengar
pemimpin berkata mereka akan kawal harga. Apa yang kita lihat di sekeliling bagaimanapun ialah harga makanan naik sekurang-kurangnya 20 peratus.

"Lebih-lebih lagi, ada kenaikan lain seperti harga petrol dan elektrik. Bayaran untuk gelanggang futsal yang dikunjungi kawan saya telah naik kepada RM20 sejam - naik 40 peratus.

"Dengan mengatakan harga kangkung telah turun sekarang, ia buat ramai tidak gembira," kata jurutera berusia 28 tahun itu.

Loo, pelanggan pertama kali datang ke kafe ini dengan seorang
kawan yang membayar kopi mereka dengan dua batang kangkung yang diselamatkan dari kuali ibunya.

Promosi Artisan Coffee ini bagaimanapun mendapat sedikit penentangan dengan sebuah laman Facebook baru dibuka khas untuk memboikot kafe tersebut malam sebelum promosi ini.

Laman yang dikendali orang tak dikenali itu mendakwa Artisan Coffee menambah lemak babi kepada semua minuman dan makanan yang dijualnya, namun tidak mendapat sambutan.

GURU BESAR YANG PAKSA GURU MUALAF BUKA TUDUNG ADALAH ORANG KUAT WANITA MCA!!!!









































Patutlah Pemuda UMNO, Perkasa, Jati, Pekida, 
PPIM, Pesilat, Pesaka, GPMS, Belia 4B tidak buat 
demo depan SJKC Nan Ya Kota Tinggi Johor 
terjerit terlolong, memekik memekak sambil 
bakar patung kerana pihak pengurusan sekolah 
berkenaan dengan biadap melampau memaksa 
seorang guru mualaf agar buka tudungnya jika 
mau mengajar di sekolah tersebut .... 
rupa-rupanya guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan 
Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi Johor adalah 
seorang orang kuat wanita MCA.

Pergh!!! .. Sekarang tembelang sudah pecah .. 
parti mana yang fobia dengan guru pakai tudung.

Parti mana yang anti dan hina Islam????... 
rakan parti mana yang menyampah guru 
pakai tudung????

Selepas bantahan keras masyarakat Islam 
Kota Tinggi berkaitan kes seorang guru 
perempuan mualaf yang dipaksa oleh pihak 
pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 
(SJKC) Nan Ya di Kota Tinggi Johor selesai 
pada Jumaat selepas pengerusi sekolah dan 
guru besarnya meminta maaf secara terbuka 
kepada guru tersebut.

Manakala guru cina mualaf yang menjadi 
mangsa itu sudi memaafkan pihak berkenaan.

Ianya disaksikan Ketua Polis Daerah Kota 
Tinggi Superintendan Rahmat Othman bersama 
Penghulu Mukim Johor Lama Mohd Nazri Kasmin 
dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota 
Tinggi Mohamad Fadil Ishak.

Pengerusi sekolah itu Phang Ah Ngang, 72, bersama 
guru besarnya, Chiew Swee Tuan memohon maaf 
kepada guru berusia 25 tahun itu, di Dewan Terbuka 
Kampung Johor Lama, Kota Tinggi

Sebelum ini isu tersebut menyebabkan bantahan 
dari masyarakat setempat yang menaikkan banting 
dan banner di seluruh Kota Tinggi.

Selasa, 14 Januari 2014

blogger pro-Umno boleh dikategori lucah – Kadir

KUALA LUMPUR: Ada blogger pro-Umno atau yang bekerja untuk Umno atau pemuka-pemuka Umno yang sangat peribadi (personal) dan keterlaluan serangan mereka. 



“Malah ada yang boleh dikategorikan sebagai lucah,” tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST itu, ia mesti ada kebenaran kerana beberapa hari selepas itu, Khairy menyuarakan sentimen yang serupa dalam temu ramah dengan Berita Harian Ahad 12 Januari.

Antara lain beliau berkata: “.....itu membuktikan strategi media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan.” 

Beliau memberikan empat sebab hal itu berlaku.

Pertama, sebagai blogger yang bekerja untuk parti, ketua-ketua parti dan isteri mereka, tugas utama adalah menyokong parti dan ketua-ketua parti yang menggunakan khidmat mereka.

Kedua, bukan semua blogger politik ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi. Majoriti adalah aktivis parti yang bukan wartawan atau penulis.

Ketiga, oleh kerana mereka tidak berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi maka mereka kurang arif mengenai undang-undang, etika dan psikologi komunikasi.

Keempat, bukan semua blogger yang khidmat mereka digunakan oleh parti-parti politik terdiri daripada orang berpendidikan tinggi atau berpengetahuan luas dalam bidang politik, ekonomi, pengurusan dan pentadbiran.

Keluhan penerima bantuan banjir ada logo keris

“Kena pergi jumpa JKKK untuk ambil borang, lepas tu kena pergi pula Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan pengesahan nama, kemudian kena balik semula untuk dapatkan tandatangan JKKK akhir sekali kena pergi beratur di padang dari pagi sampai petang, ada yang dapat barang tetapi ada yang cuma dapat bouncher yang memaklumkan barangan akan diberi bulan April nanti.”

Inilah keluhan oleh mangsa-mangsa banjir di Terengganu untuk mereka mendapatkan bantuan berupa TV, dapur, tilam, bantal dan peti sejuk yang dilekatkan dengan logo 1Malaysia, logo alat penimbang dan logo keris.

Setelah agak lama banjir surut dan mangsa pun dah lama pulang ke rumah, bantuan ini akhirnya sampai.

Pastinya setiap bantuan diterima dengan ucapan terima kasih walaupun mereka yang nak mendapatkannya perlu bermandi peluh ke sana ke mari serta kena tahan telinga mendengar bebelan JKKK dan seterusnya ucapan dari pengasas 1Malaysia.

Yang dapat akan balik ke rumah dengan senyum, yang cuma dapatboucher balik ke rumah dengan hati yang kesal.

Antara ciri kebajikan adalah memberi ketika penerimanya berada dalam situasi yang sangat-sangat memerlukan dan mempermudahkan urusan mereka sehabis daya yang mungkin kerana mereka adalah insan yang tak bernasib baik serta sedang dilanda musibah. Menyusahkan mereka dalam berurusan ibarat menambah batu kepada beban yang telah sedia digalas.

Bagi saya, kerajaan negeri dan pusat mempunyai jentera pengurusan dan pentadbiran yang mencukupi untuk menguruskan semua ini.

Kecekapan jentera kerajaan dalam melakukan urus tadbir akan memudahkan rakyat yang berhak mendapat bahagian mereka.

Kalau waktu Pilihanraya Kecil, biasa dilihat kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh masuk ke kampung-kampung, rumah ke rumah bagi mengagihkan bantuan ‘mi segera’ dalam tempoh kempen 10 hari atau 2 minggu.

Tak kan lah nak uruskan pembahagian TV, dapur, tilam dan peti sejuk sampai ambil masa 3, 4 bulan. Kecuali kalau di sebalik pemberian bantuan untuk rakyat ini, ada tangan-tangan ghaib ‘di sebalik peti sejuk’ yang bersedia untuk mengenggam habuan.

Mangsa banjir pula sebahagian besar mereka berada dalam situasi ‘total lost’ dan sangat-sangat memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.

Syabas dan tahniah kepada jentera bantuan banjir PAS yang dari awal lagi telah mengagihkan periuk nasi elektrik (rice cooker) di samping barangan makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat secara agihan terus rumah ke rumah tanpa mangsa banjir perlu ke sana ke mari bagi mendapatkan pengesahan itu dan ini yang sangat menjengkelkan.

Mangsa banjir pula bukannya tak dikenali kecuali kalau pemimpin Umno memang tak turun padang menyelami masalah rakyat, memang mereka tak akan kenal!

Bermakna, kalau mangsa banjir nak tunggu dapur agihan Umno untuk buat memasak, jawabnya kebulur dululah rakyat! Apa lagi yang terpaksa tunggu sehingga bulan April. Mati keringlah rakyat kalau buat kerja lagu ni!

Bantuan itu pula hak siapa? Kalau hak Umno, kenapa libatkan JKM? Kalau hak kerajaan, kenapa ada logo penimbang dan keris? Jangan lembu punya susu, sapi punya nama!

Gani Patail patut dipecat atau letak jawatan Peguam Negara


SHAH ALAM 14 JAN: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digesa meletakkan jawatan ekoran keputusannya menarik kembali tuduhan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung isu skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya.
gani-patail (1)Justeru kata Tony, maka kini merupakan masa terbaik bagi Najib Razak untuk menghukum Gani atas ketidakcekapan peguam negara itu melaksanakan tugas penting.
“Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang Najib begitu serius dalam banteras rasuah.
“Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun,” katanya dalam kenyataan media.
tony-puaTony (gambar kiri) berkata pembebasan bekas menteri itu mewujudkan tanda tanya pihak yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.
Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kesal dan sedih kerana pembebasan Chan daripada tuduhaan skandal RM12.85 bilion PKFZ membuktikan tidak ada pemimpin dipertanggungjawab atau dihukum kerana mengakibatkan kerugian besar kepada dana awam.
Katanya, sebelum Chan, Tun Dr Ling Liong Sik juga dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan, pada 25 Oktober tahun lalu.
Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.
Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.

Rosmah biaya filem anak di Hollywood RM326 juta?

KUALA LUMPUR 13 JAN: Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz dilapor mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.
Bagaimanapun, persoalan timbul berikutan spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Riza RizzDipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja US$100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah ‘portal pro-pembangkang’ yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.
Bagaimanapun, portal MStar tidak menjelaskan portal pembangkang yang dimaksudkan.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.
Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.
Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.
-Keadilan Daily

Ahad, 12 Januari 2014

MB TERENGGANU YANG ANGKUH DAN SOMBONG CAKAP PUNCA KEMAMAN DILANDA BANJIR BESAR KERANA RAKYAT CHUKAI UNDI ADUN PAS!!!!!

























KEMAMAN: ADUN Chukai, Hanafiah Mat  minta 
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said 
bertaubat kerana mengeluarkan ucapan angkuh di 
majlis penyampaian bantuan banjir oleh Perdana 
Menteri di sini semalam.

Katanya, dalam ucapan Menteri Besar semalam 
beliau berkata,” kerana BN kalah kepada pembangkanglah 
di DUN Chukai, Kemaman dapat bala banjir”.

Hanafiah bertanya kenapa ketika PAS menang tiga kerusi 
(Air Putih, Chukai dan Kijal) dan parlimen Kemaman (PKR) 
pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir?

Kata beliau lagi, banjir berlaku di Kemaman bukan 
kerana PAS menang di Chukai tetapi kerana Allah yang 
menurunkan banjir seperti mana dalam al Quran surah 
al Saba’ ayat 16.

Ayat 16 Surah al Saba’ berbunyi seperti berikut yang 
bermaksud: “Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami 
hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, 
dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) 
itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan 
pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon 
yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara”.

Malah dalam surah Noh ayat ke 25, Allah berfirman 
yang bermaksud “Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan 
mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), 
kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; 
maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang 
lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan)”.

Sehubungan dengan itu Hanafiah meminta 
Ahmad Said bertaubat kerana seolah-olah 
beliau tidak percaya bala banjir diturunkan 
Allah.

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan 
bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang 
disifatkan sebagai bantuan luar biasa di majlis yang 
berlangsung di sini.

Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk 
berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal 
bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga 
mangsa banjir di Terengganu.

Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk 
yang disumbangkan UMNO, televisyen sumbangan 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 
serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.

Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan 
banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai 
RM500 daripada kerajaan Pusat dan RM1,500 daripada 
kerajaan negeri.

Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah 
kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 
20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung 
dan hujan renyai.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad 
Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat 
Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri 
Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas majlis penyampaian tersebut, Hanafiah berkata 
ramai penerima kecewa kerana terlalu lama beratur untuk 
mengambil kupon sampai ke petang sehingga mereka tidak 
dapat menghantar anak mereka ke sekolah dan terpaksa 
ponteng kerja.

“Malah yang lebih mengecewakan mereka pada bulan April, 
tiga bulan dari sekarang baru mereka dapat menunaikan kupon 
itu untuk mengambil peti ais, televisyen dan tilam yang dijanjikan 
itu,” kata mereka.

Beliau berkata kalau dah tahu bulan April baru dapat ambil 
barang tersebut, kenapa buat majlis sekarang.

“Buatlah pada bulan Mac, sekurang-kurangnya tidak lama 
mereka menunggu barang yang dijanjikan,” katanya lagi.

Ismail Sabri dakwa perkahwinan mewah anaknya buat di KL untuk jimat kos


Majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini. Gambar oleh PrettyPeektures.
















Majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini. Gambar oleh PrettyPeektures.









Ia digelar "perkahwinan paling hebat tahun ini" kerana kemewahannya, tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) mempertahankan dan berkata majlis perkahwinan serta resepsi makan malam mewah anak perempuannya diadakan di Kuala Lumpur sebagai perbelanjaan berhemah ketika Putrajaya mengambil langkah penjimatan.
Anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, Nina Sabrina berkahwin dengan selebriti yang juga pereka fesyen Indonesia, Jovian Mandagie menerusi majlis perkahwinan mewah termasuk majlis akad nikah di bangunan bekas Istana Negara serta kenduri dua hari di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh golongan raja, selebriti, ahli politik dan pembesar negara.
"Untuk mengurangkan kos, saya  meminta menantu saya untuk mengadakannya di KL. Jika ia dibuat di Jakarta, keluarga dan saudara-mara saya perlu terbang ke sana dan akibatnya, saya perlu menanggung kos yang lebih untuk tiket penerbangan dan penginapan.
"Jadi itulah sebabnya majlis diadakan selama dua hari - satu untuk keluarga saya, dan satu lagi untuk besan saya. Tetapi tanpa mengetahui faktanya, saya diserang," kata Ismail kepada The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa majlis resepsi di kampungnya di Temerloh, Pahang dilakukan secara gotong- royong iaitu semua orang menyumbang tenaga untuk membantu.
Bagaimanapun, menteri itu enggan mendedahkan kos perkahwinan itu.
"Tiada siapa di Malaysia mengisytiharkan perbelanjaan perkahwinan anak mereka, adakah saya perlu?" katanya.
Majlis perkahwinan anaknya turut menampilkan barisan penyanyi terkenal Malaysia termasuk Datuk Jamal Abdilah dan diva Indonesia, Ruth Sahanaya bagi menghiburkan tetamu dengan lagu mereka.
Dipersoalkan kerana menggunakan bekas istana negara untuk majlis akad nikah, di mana sewa adalah RM25,000 untuk lapan jam, Ismail Sabri berkata, menantunya  menerima "pakej yang baik" sebagai balasan untuk publisiti.
"Ia adalah majlis perkahwinan pertama diadakan di sana. Beliau adalah seorang pereka terkenal dan perkahwinan ini menjana banyak liputan, termasuk program Mahligai Cinta di TV3. Jadi ini adalah iklan yang baik untuk Istana Negara bagi pakej perkahwinan yang mereka akan tawarkan," katanya.
Awal minggu ini, rakan sekerja Ismail, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikritik kerana menganjurkan parti "hari jadi" mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur yang tetamunya mendakwa ia menjadi majlis sambutan Tahun Baru.
Beberapa penulis blog pro- Umno juga mempersoalkan atas keperluan apa Jabatan Perdana Menteri mempunyai dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada 2012.
Perkahwinan, ditambah pula dengan parti mewah Ahmad Zahid dan juga pembelian kereta Mercedes mewah oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk  Ketua Menteri, Lim Guan Eng datang ketika kebanyakan rakyat Malaysia merungut tentang kenaikan harga tarif elektrik, makanan, bahan api dan kos persekolahan.
Harga bahan api, gula, ais dan tarif elektrik naik selepas Putrajaya mengurangkan subsidi manakala tambang pengangkutan awam akan meningkat tahun ini. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan pada 2015.
Perbelanjaan kerajaan melonjak dengan bajet tahun ini sehingga RM264.2 bilion berbanding RM251.6 bilion tahun lepas di tengah-tengah kebimbangan bahawa Putrajaya tidak mengurangkan perbelanjaannya  walaupun meminta orang ramai untuk berbuat demikian.
Rakyat juga mencemuh pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 Disember bahawa Putrajaya akan melaksanakan 11 langkah  penjimatan untuk mengurangkan perbelanjaan pada 2014.
Pakar ekonomi Najib, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar menasihatkan pengguna agar berbelanja dengan bijak dan mencari alternatif bagi menampung kos sara hidup.
Bekas pegawai bank itu berkata, rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan hidup mengikut kemampuan mereka.
"Saya pergi ke pasar setiap minggu. Saya tahu bahawa harga keperluan asas adalah tinggi, tetapi pengguna mempunyai pilihan dalam membelanjakan wang mereka," katanya. – 12 Januari, 2014.

RAKAMAN GAMBAR ANGGOTA POLIS PERONDA DALAM KEADAAN MABUK DENGAN SENJATA API JENIS MP5 DALAM KERETA YANG TIDAK BERKUNCI







































































Rakaman-rakaman gambar ini dikatakan tersebar 
luas bermula di laman sosial WhatsApp dan kini 
menyalar dialam siber termasuk FB.

Digambarkan dua orang anggota polis dari unit 
MPV kereta nombor pendaftaran WLQ 4697, 
dalam keadaan terlalu mabuk sehingga terpaksa 
memberhentikan kereta MPV ketepi jalan agar 
tidak berlakunya kemalangan jalanraya.

Dari rakaman gambar-gambar tersebut dilihat 
mereka sedang nyenyak tidor dan ada yang 
sedang memegang setin bir jenama Heineken 
dengan pintu kereta terbuka dan senjata api 
berkemungkinan jenis MP5 lengkap dengan 
berpeluru terletak ditapak kaki bahagian 
duduk belakang.

Tidak dapat dibayangkan jika senjata 
berkenaan terlepas ketangan penjenayah.

Mohon siasatan lengkap dan telus tanpa 
memberi sebarang perlindungan untuk 
mengesahkan apakah rakaman-rakaman 
ini benar lagi sahih.

jika ini sahih maka jelas suatu perlanggaran 
disiplin amat tinggi grednya telah terlurai dan 
dilakukan oleh kedua anggota polis peronda 
berkenaan.

Jika tidak, pihak yang mula-mula melakukan 
penyebaran melalui WhatApps ini wajar diambil 
tindakan saman dan undang-undang yang sedia 
ada kerana memalukan institusi PDRM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...